Monday, April 6, 2009

Mus'ab dah 6 bulan







Mus'ab dah semakin besar.Sekarang dah pun pandai meniarap n pusing-pusing.Saya tak sabar nak cepat jalan, ummi!

Monday, January 12, 2009

Terima kasih Ya Allah

" Adakala sesuatu yang dikira baik di sisi kita belum tentu ia disukai oleh Allah subhanahu wa taala, tapi sesuatu yang dikira baik di sisi Allah subhanahu wa taala kadangkala itu yang pahit untuk kita tempuhi "...

2 minggu lepas saya terima tawaran untuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah Sr-Jqaf yang bertempat di Terengganu. Sayangnya, kami sekeluarga sudah tidak menetap di Terengganu lagi. Sememangnya dulu, suami saya bertugas di sana. Apapun, lepas dapat tawaran tanpa berlengah saya dan suami ikhtiar buat urusan untuk dapatkan tempat kursus di Negeri Sembilan. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang jawapan keputusan rayuan yang diterima. Semalam tamatlah tempoh pendaftaran kpli sr j-qaf. Saya akui perasaan kecewa dan hampa ada dalam diri. Suami cuba meyakinkan bahwa urusan rezeki ini adalah takdir Allah tugas kita hanya ikhtiar dan usaha. Saya cukup teruja dengan kata-kata suami yang saya kasihi dan kagumi. Air mata yang hampir tumpah saya telan jatuh mengairi kerongkong dan bertakung pada kolam hati lalu membentuk kejernihan nikmat yang tak terungkap! SABAR. Subhanallah...Alhamdulillah.


Suami tersayang ; inspirasi hidupku


Terima kasih Ya Allah, ujian ini lebih meyakinkan aku pada kehebatan dan kekuasaanMu.Menebalkan iman yang senipis kulit bawang dengan kepercayaan bahwa urusan rezeki manusia ini adalah miliki KAU Ya Allah...Terima kasih Ya Allah menjadikan aku insan yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu. Saya yakin Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah subhanahu wa taala...Terima kasih juga Allah hadiahkan suami yang cintai...Semoga kasih sayang kami kekal hingaa jannahMu..Ameen.

Thursday, January 8, 2009

Rintihan Mujahid kecil

Saat saya mendengar rintihan si kecil ini, saya menitiskan air mata yang tidak dapat dibendung. Seolah-olah dia anakku yang meminta rayu simpati. Bayangkan jika anak-anak palestin itu permata hati kita. Aduh, Tuhan...

Setiap patah kata dan laungannya membuat jiwa benci dan mendoakan kecelakaan israel jahanam laknatullah..Hari ni masuk hari ke 14 penyembelihan israel ke atas bumi palestin.

Ya Allah,

Kau hancurkan tentera israel itu,

Sebagaimana kau hancur dan musnahkan,

Tentera Ababil yang ingin meruntuhkan kaabah,

KAU binasakan mereka,

Sehingga menjadi debu-debu yang berterbangan.

Hancurkan mereka ya Allah,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah 1430










Gambar Mus'ab terbaru




Salam awal muharam buat semua...Mudah-mudahan 1429 hijrah yang telah dilalui dapat kita ambil iktibar dan pengalaman buat bekal meneruskan perjalanan 1430 hijrah.


Bagi kami, 1430 hijrah telah membuka lembaran baru dalam menggalas tugas dan amanah yang besar. Mendidik jundi kami menjadi insan yang soleh dan musleh...Muhammad Mus'ab. Seterusnya menyalin keperwiraan pahlawan Islam Mus'ab bin Umayr; sahabat Rasulullah saw yang syahid di medan peperangan Uhud pada bulan syawal.



Pahlawan Islam yang bernama Mus'ab


Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab bin Umayr ditugaskan memegang bendera Islam. Pada awalnya kaum muslimin berjaya menguasai pertempuran, sehingga tentera musyrikin bertempiaran lari. Peringkat kedua peperangan, berlaku kelekaan dari kalangan pasukan yang mengawal bukit Uhud, yang telah membuka ruang kepada musyrikin untuk melakukan serangan balas kepada muslimin.


Kaum musyrikin melakukan serangan hebat dengan matlamat untuk membunuh Rasulullah SAW. Dalam saat getir itu, Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan teguh mempertahankan Rasulullah SAW.Menyedari ancaman ke atas Baginda, beliau cuba untuk memberikan semangat serta mengalih perhatian musuh dengan mengangkat panji setinggi-tingginya sambil bertakbir dengan nyaring.
Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: “Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain”


Menyedari kehadiran Mus’ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.
Ibn Qamiah bersungguh-sungguh berusaha membunuh Mus’ab kerana menyangka bahawa Mus’ab itu adalah Rasulullah SAW, disebabkan wajah Mus’ab seiras dengan wajah Rasulullah SAW. Lantaran itu, sebaik sahaja dia membunuh Mus’ab, dia terus pergi kepada kawan-kawan musyrikin yang lain lalu menjerit-jerit mengatakan bahawa Muhammad telah dibunuh.
Ketika gugurnya Mus’ab, sahabat-sahabat Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al-Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya.


Apabila selesai pertempuran, Rasulullah meminta para sahabat meninjau tentera Islam yang cedera dan syahid. Para sahabat kemudiannya mengumpulkan jenazah-jenazah para syuhada’ untuk dikebumikan.
Pengkebumian jenazah Mus’ab antara yang paling menyayat hati. Ketika jenazahnya yang syahid itu hendak dikafankan, didapati tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Apa yang ada hanyalah pakaiannya yang singkat dan tidak mencukupi untuk menutup jasadnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah SAW tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda.


Para sahabat yang menguruskan jenazah tidak dapat menutup jasad Mus’ab yang syahid itu keseluruhannya. Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, Baginda Rasulullah SAW meminta agar kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun idhkhir.
Rasulullah SAW amat tersentuh dengan pemergian para syuhada Uhud termasuk Mus’ab dan bapa saudara Baginda Hamzah bin Abdul Muttalib, yang jasadnya dipotong dengan kejam. Sambil menghadap jenazah para syuhada Uhud, Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud: “Daripada orang-orang yang beriman itu ada yang telah membenarkan janji mereka kepada Allah”.
Kemudiannya, sambil bercucuran air mata, Rasulullah SAW bersabda kepada jenazah syuhada termasuk Mus’ab: Sesungguhnya Rasulullah menjadi saksi bahawa kalian semua adalah syuhada di sisi Allah di akhirat nanti”

Demikian kisah kekuatan peribadi Mus’ab Umayr, seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.


Begitulah hebatnya keperibadian seorang perwira Islam. Mus'ab(sahabat Rasulullah) Hamzah (bapa saudara Rasulullah) telah syahid di dalam peperangan Uhud.Mudah-mudahan Mus'ab dan Hamzah juga dapat mengikuti jejak langkah 2 insan yang dikasihi Nabi tersebut. Tak terlupa juga dengan Aqil.

Awal Muharam detik permulaan,

Permulaan tahun Islam Hijrah,

Penghijrahan Nabi dan umat Islam,

Dari kota Mekah ke Kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh,

Kaum muhajirin dan ansar bersatu,

Rela berkorban harta dan nyawa,

Demi menegakkan Islam tercinta..


Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,

Hijrah itu penyerahan kepada cinta teragung!











Thursday, November 27, 2008

Mus'ab (9/10/08). Lahirnya jundi kami





Tanggal 09 Oktober 2008 lahirnya jundi kami Muhammad Mus'ab di hospital Az-Zahrah Bandar Baru Bangi, Selangor Jam 06.47petang. Seberat 2.6kg.
Bertambah umat Muhammad untuk memakmurkan bumi dengan nur Islam. Semoga menjadi jundi yang soleh dan memiliki Iman yang teguh.. InsyaAllah..

Sunday, May 18, 2008

Perjalanan awal kami

Kami mulakan perlayaran didalam dunia blog ini dengan cara merangkak, kena dengan keadaan kami yang ingin meneroka dunia blog ini dan menjadikan ianya wadah meluahkan apa yang kami rasakan mengikut idea dan prinsip kami sendiri.
Jauh lagi perjalanan kami. Ya Allah berikan kekuatan didalam perjalanan kami ini. Amin...